Kamis, 04 Desember 2014

Tagged Under:

Tayammum

By: Unknown On: 23.48
  • Share The Gag
  • Tayammum

    TAYAMMUM

    Tayammum ialah menyapu tanah dengan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wudhu atau mandi wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana sebab-sebab tertentu yaitu uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air, tiada air atau ada air yang cukup untuk minum saja.
    1.         Syarat-syarat Tayammum
    a.       masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,
    b.      tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya,
    c.       tanah suci dan berdebu,
    d.      menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja’ sebelum bertayammum.

    2.         Rukun Tayammum


    a.       berniat,
    b.      menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci,
    c.       menyapu muka dengan debu tadi,
    d.      menekan kedua telapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian menyapu dua tapak tangan sampai kesiku,
    e.       tertib.

    3.         Sunnat Tayammum
    Sunnat-sunnat tayammum adalah sebagai berikut :
    a.       Membaca Basmalah,
    b.      Mengadap kiblat,
    c.       Mendahului menyapu anggota kanan,
    d.      Mengejakan dengan berturut-berturut.

    4.         Perkara yang Membatalkan Tayammum
    Perkara yang bisa membatalkan tayammum adalah sebagai berikut :
    a.       semua perkara yang membatalkan wudhu,
    b.      mendapatkan air sebelum memulakan sholat (bagi orang yang tidak uzur),
    c.       apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.

    0 komentar:

    Posting Komentar